in ,

Pembangunan Ghost of Tsushima Telah Siap, Dah Sedia Untuk Dilancarkan Bulan Depan

Para peminat yang sekian lama menantikan satu lagi game eksklusif PlayStation ini sudah boleh tersenyum.

Sucker Punch telah mengumumkan bahawa pembangunan Ghost of Tsushima kini sudah pun tamat (gone gold). Bermakna, game ini sudah boleh dikira siap dan sudah bersedia untuk dilancarkan pada bulan hadapan dan tiada lagi penundaan tarikh pelancaran.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan, studio tersebut menyatakan yang ini merupakan kemuncak kepada kerja kuat selama bertahun dan mereka tidak sabar untuk menyajikan game ini kepada para pemain.

Ghost of Tsushima akan dilancarkan pada 17 Julai ini, eksklusif untuk PS4.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Crash Bandicoot 4: It's About Time Diumumkan - Bukan Remastered, Tapi Sekuel Baru

Crash Bandicoot 4: It’s About Time Diumumkan – Bukan Remastered, Tapi Sekuel Baru

Gamer Buta Ini Menangis Kegembiraan Apabila Ada Kemudahan Teks-Ucapan Dalam The Last of Us 2

Gamer Buta Ini Menangis Kegembiraan Apabila Ada Kemudahan Teks-Ucapan Dalam The Last of Us 2