BioWare telah mengumumkan yang pembangunan Anthem NEXT telah dibatalkan. Walau bagaimanapun, live service untuk game Anthem sedia ada akan terus disokong seperti apa yang mereka lakukan sekarang.
Anthem NEXT merupakan sebuah projek untuk membentuk semula secara keseluruhan game asal Anthem kepada sesuatu jauh lebih baik selepas pelancaran yang begitu teruk pada awal 2019. Ia bolehlah dikatakan langkah yang cuba diikut seperti mana yang dilakukan oleh No Man’s Sky Next dan Destiny: The Taken King.
Namun, nampaknya projek reboot ini telah dibatalkan oleh EA dan BioWare. Dalam kenyataan yang dikeluarkan, penerbit eksekutif Anthem, Christian Dailey berkata:
“Pembangunan game adalah sukar. Keputusan-keputusan seperti ini bukan mudah. Bergerak ke hadapan, kami akan mengalihkan fokus kepada usaha sebagai sebuah studio dan memperkuat Dragon Age seterusnya, game-game Mass Effect dalam masa sama terus menyediakan kemaskini untuk Star Wars: The Old Republic.”
Antara faktor pembatalan projek ini yang disebutkan adalah bagaimana pandemik COVID-19 telah memberi kesan kepada produktiviti studio itu. Mereka turut memohon maaf kepada komuniti Anthem yang menantikan pembaharuan ini.
Comments
Loading…