in , , ,

Pembangun The Day Before Mempertimbang Untuk Lancarkan Ke PS5, Xbox Series

Antara game paling hangat diperkatakan oleh peminat game shooter kini adalah The Day Before yang sedang dibangunkan oleh Fntastic.

Trailer pertamanya telah terus menambat hati pemain, dan trailer kedua pula memaparkan gameplay melawan zombi dan looting yang amat berpotensi.

Ketika bercakap dengan GamingBolt, pengasas bersama Fntastic, Ed dan Aisen Gotovtsev telah mendedahkan yang mereka sedang mempertimbangkan untuk melancarkan The Day Before ke PS5 dan Xbox Series.

Apabila ditanyakan sama ada terdapat perancangan untuk membawa game itu ke konsol, mereka menjawab:

“Kami takkan dapat bawakan game ini ke NES kamu, tapi kami sedang mempertimbangkan konsol generasi terkini.”

The Day Before merupakan sebuah game open-world MMO survival yang berlatarbelakangkan pasca-pandemik yang membunuh di Amerika. Dunia ketika itu dipenuhi dengan ‘infected’ atau lebih mudah kita panggil sebagai zombi, serta manusia akan bersaing antara satu sama lain untuk meneruskan kehidupan.

Pemain akan terjaga sebagai seorang yang tidak ingat apa-apa yang telah berlaku kepada dunia, maka mereka ini akan mencari jawapan kepada persoalan itu dan menerokai sumber-sumber untuk hidup.

The Day Before akan menyajikan online PvP (multiplayer) serta online PvE (co-op).

Buat masa ini, game ini hanya diumumkan untuk PC, dan belum ada tarikh pelancaran.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Nvidia Kata Kekurangan GPU Akan Berterusan Sehingga Hujung Tahun

Semoga Berjaya, Pra-Tempah PS5 Kali Ke-5 Dibuka Sony Malaysia Tengah Malam Ini