in

Pembangun Mortal Kombat Dilaporkan Sedang Bangunkan Game Fighting Marvel

NetherRealm Studios dilaporkan sedang membangunkan game fighting dari dunia Marvel.

Laporan ini keluar dari mulut seseorang dalam industri, iaitu Daniel Richtman (via StealthOptional) yang mengatakan studio yang pernah membangunkan siri game Injustice dan Mortal Kombat itu sedang membikin game fighting Marvel untuk konsol generasi terkini.

Tidak banyak butiran yang didedahkan, namun Richtman dengan yakin menyatakan bahawa game tersebut sudah berada dalam fasa produksi oleh studio itu.

Sekiranya laporan ini benar, ia sesuatu yang tidak mengejutkan. Disney pada ketika ini sememangnya sedang memperluas francais-francais mereka untuk diadaptasi menjadi video game dalam pelbagai genre merentasi banyak studio berbeza. Antara game terbaharu yang sudah diumumkan ialah game open-world Star Wars yang sedang dibangunkan oleh Ubisoft.

Memilih NetherRealm untuk membangunkan game fighting Marvel tentunya satu keputusan yang tepat memandangkan game fighting sebelum ini iaitu Marvel vs Capcom: Infinite boleh dikatakan agak gagal. Apatah lagi, melihat kepada kualiti yang telah disajikan NetherRealm melalui siri game Injustice dan Mortal Kombat sebelum ini.

Apa-apa pun, laporan ini masih dalam status khabar angin. Selagi belum diumumkan secara rasmi, jangan meletakkan harapan terlalu tinggi.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Game Co-Op Terbaik Tahun Ini, It Takes Two Capai Jualan 1 Juta Unit

Perbezaan Bilangan Penonton The Game Awards Dan Oscars Semakin Lama Semakin Ketara