Menu
in ,

Pembangun Hitman Kini Sedang Membangunkan Game James Bond – Project 007

Studio yang bertanggungjawab membangunkan francais game Hitman, IO Interactive telah mengumumkan yang mereka kini sedang membangunkan sebuah game James Bond.

Menggelarkannya Project 007, game ini memfokuskan kepada kisah asal bagaimana James Bond menjadi James Bond pada awalnya.

Trailer acah pertama turut telah diperlihatkan, dan korang boleh saksikannya di bawah:

Pengumuman ini semestinya satu berita yang mengujakan. Melihat kepada apa yang telah dipersembahkan IO Interactive dalam francais Hitman, sememangnya tiada studio lain yang lebih sesuai membikin sebuah game stealth dan perisik yang baharu, apatah lagi ia merupakan IP ikonik seperti James Bond.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Leave a Reply

Exit mobile version