God of War Ragnarok baru sahaja dilancarkan kira-kira seminggu yang lalu. Namun, Santa Monica Studio sudah mengacah sesuatu yang menarik.
Bercakap kepada Los Angeles Times, pengarah kreatif studio itu, Cory Barlog telah mendedahkan yang Santa Monica Studio sudah pun membahagikan para pembangun mereka untuk mengusahakan “pelbagai perkara berbeza”.
Walau bagaimanapun, Barlog tidak berkongsi lanjut mengenai perkara tersebut.
Kalau korang masih ingat, tahun lalu beliau telah mengumumkan yang beliau tidak mengarahkan God of War Ragnarok, seperti mana yang beliau lakukan untuk game God of War 2018. Tugas pengarah God of War Ragnarok telah digalas oleh Eric Williams, di mana pada ketika itu Barlog mendedahkan yang beliau telah beralih ke beberapa projek yang belum didedahkan kepada umum.
Apakah agaknya “beberapa projek” yang sedang dibangunkan Santa Monica Studio? Adakah masih cuba untuk memerah francais God of War? Atau akan memperkenalkan IP-IP baharu? Sama-samalah kita nantikan.
I don’t think the title of your article matches the content lol. Just kidding, mainly because I had some doubts after reading the article. https://accounts.binance.com/sk/register-person?ref=JHQQKNKN