in , , , ,

Pembangun Game Anthem Perli Grafik Lopak Air “Downgrade” Dalam Marvel’s Spider-Man

Beberapa hari yang lalu ini, kecoh dalam kalangan gamers tentang dakwaan grafik yang “downgrade” dalam game akan datang Marvel’s Spider-Man.

Di sebalik peminat membawakan bukti yang ada kelihatan lopak air yang di-“downgrade”-kan, Insomniac Games telah menafikan sekeras-kerasnya terhadap tuduhan itu.

Terbaru, pembangun game Anthem, sebuah game yang sedang dibangunkan oleh BioWare telah memerli mengenai kontroversi ini.

Semalam, BioWare telah mengadakan sidang media di PAX West, yang mana ia turut mempunyai livestream untuk peminat yang tidak dapat hadir ke sana untuk sama-sama mendengar apakah berita baru yang ingin disampaikan mereka. Semasa memperlihat salah satu artwork untuk Anthem, salah seorang penerbit dari BioWare berkata secara berseloroh:

“Korang akan dapat lihat di situ ada lopak air… [hadirin sudah mula ketawa] Jadi sebelum kita teruskan, ada 98 peratus yang lopak air itu akan berubah, dialihkan, dikurangkan.”

Korang boleh dengarkannya dalam video di bawah:

Apabila BioWare, sebuah studio pembangun game yang terkenal dengan grafik yang mereka bawakan ke dalam Mass Effect Andromeda, memerli tentang grafik “downgrade” Marvel’s Spider-Man… Sangat ironi.

Marvel’s Spider-Man akan dilancarkan secara eksklusif di PS4 pada 7 September, manakala Anthem akan diterbitkan bagi platform PS4, Xbox One dan PC pada 22 Februari 2019 nanti.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Predator Thronos: Tolak Tepi Gaming Chair, Bakdatang Kokpit Gaming!

SNK Akan Umumkan Sesuatu Yang Baru Pada 10 September Nanti!