in

Pembangun Fallout: New Vegas Kata Takkan Ada Microtransaction/Loot Box Dalam Game RPG Mereka Seterusnya

Video Game RPG yang seterusnya dari pembangun Fallout: New Vegas, yang mana telah disahkan pada minggu lepas tapi tidak terlalu terperinci, tidak akan ada microtransaction atau loot boxes.

Obsidian dengan mudah memberikan jawapan, “Tidak, takkan ada sebarang microtransaction atau yang seangkatan dengannya dalam game kami.”

Game RPG terbaru dari Obsidian itu telah disahkan sebagai sebahagian daripada pengumuman GTA dan Red Dead yang dibuat oleh syarikat penerbitan indie terbaru dari Take-Two, Private Division.

“Kami sangat teruja untuk game RPG kami yang akan datang dan kami tahu anda juga teruja. Kami berharap mahu memberitahu anda dengan lebih lagi… Tapi buat masa sekarang, kami akan simpannya sehingga sampai masa yang sesuai untuk diberitahu.”

Take-Two pernah berkata bahawa mereka mahukan kesemua game mereka untuk membentuk sebagai “perbelanjaan dari pengguna secara berulang.” Dan mungkin ini boleh terjadi kepada game Obsidian yang seterusnya. Obsidian berkata Take-Two telah menjadi “rakan kongsi yang hebat” kepada projek Obsidian, tidak pernah menekan mereka untuk menambah sesuatu yang tidak selari dengan visi mereka.

“Jauh dari menekan kami kepada apa sahaja. Microtransaction atau benda lain ke dalam game kami. Private Division telah menyokong visi, misi, kebebasan kreatif kami, dan proses yang mana kami sedang hasilkan game RPG. Mereka merupakan rakan kongsi yang hebat dan kami sangat teruja untuk bekerjasama dengan mereka sehingga game kami dikeluarkan. Untuk meletakkan apa yang kami tahu akan menjadi sebuah game yang hebat kepada ramai peminat game RPG,” kata Obsidian.

Studio tersebut telah mengumumkan game Pillars of Eternity II: Deadfire yang dijadualkan akan keluar pada tahun 2018.

Private Division ialah syarikat penerbitan indie terbaru dari Take-Two. Sebagai tambahan kepada game RPG terbaru Obsidian, syarikat itu akan menerbitkan game Ancestors: The Humankind Odyssey oleh pencipta Assassin’s Creed, Patrice Desilet. Bersama dengan game RPG yang belum diumumkan oleh bekas pembina DICE, David Goldfarb dan Ben Cousins melalui studio terbaru mereka, The Outsiders. Pencipta bersama Halo, Marcus Lehto juga sedang membina game FPS sci-fi yang belum diumumkan di studionya V1 Interactive yang juga akan diterbitkan oleh Private Division.

Sumber: Gamespot

Written by Danial DaxZuher

Seorang penulis yang suka bermain game menembak, membaca novel aksi, mendengar lagu OST video games dan movies serta mencipta cerita pendek.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Need For Speed Payback: Lebih Banyak Kereta Dan Aktiviti Terbaru Dalam Kemaskini Percuma

PlayStation Vita Menyambut Ulang Tahun Ke-6 – Apa Game Kegemaran Korang Di Platform Ini?