in ,

Pembangun Detroit: Become Human, Quantic Dream Dilaporkan Sedang Bangunkan Game Star Wars

Beberapa laporan telah muncul mengatakan Quantic Dream sedang membangunkan sebuah game Star Wars.

Laporan pertama hadir dari seorang bekas wartawan Perancis (kini Youtuber), Gautoz yang mengkhabarkan bahawa setelah menamatkan perjanjian tiga-game bersama Sony, Quantic Dream akan menandatangani perjanjian baharu bersama Disney pula.

Sebelum ini, tiga game eksklusif PlayStation yang dibangunkan Quantic Dream ialah Heavy Rain (2010), Beyond: Two Souls (2013), dan Detroit: Become Human (2018).

Kemudian, wartawan tersohor, Tom Henderson dari DualShockers juga melaporkan perkara yang sama. Malah, Henderson mendedahkan, menurut sumber rapat dengan Quantic Dream, projek game Star Wars tersebut sudahpun berjalan sejak 18 bulan yang lalu.

Lebih menarik, apabila The Game Post melaporkan tentang ura-ura ini, akaun Twitter rasmi Quantic Dream telah ‘like’ berita tersebut. Tentunya, ‘like’ itu telah ditarik balik, namun Henderson sempat mengambil screenshot.

Quantic Dream cukup terkenal membawakan game yang mempunyai banyak pilihan untuk pemain putuskan, serta menampilkan pelbagai penamat yang berbeza. Dalam kata lain, setiap pemain akan memiliki penamat yang berbeza berdasarkan keputusan yang dibuat sepanjang permainan.

Tentunya genre seumpama ini amat menarik untuk dibikin dalam dunia Star Wars — sekiranya Quantic Dream mengekalkan elemen yang sama dalam game Star Wars itu kelak.

Apa-apa pun, seperti biasa, berita ini masih lagi dalam status khabar angin, maka jangan meletakkan harapan terlalu tinggi.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Anthony Mackie Diumumkan Sebagai Bintang Utama Dalam Siri TV Twisted Metal

Medium Tradisional TV/Filem Dah Capai ‘Kemuncak’, Ruang Perkembangan Seterusnya Adalah Game, Kata CEO Sony Pictures