in , , , ,

Pembangun Control Kata Sony Lebih Bersedia Berbanding Microsoft Untuk Konsol Generasi Baru

Remedy Entertainment membangunkan Control untuk kedua-dua konsol pesaing, PlayStation dan Xbox (selain PC dan Switch). Maka, mereka ada memberikan sedikit komen tentang konsol-konsol generasi terkini yang mereka gunakan untuk bangunkan game.

Ketika bercakap kepada IGN, wakil Remedy, Thomas Puha mendedahkan yang Sony “lebih bersedia sedikit” dengan menyediakan alat-alat untuk kegunaan para pembangun sejak awal. Beliau turut mengatakan yang ia lebih mudah untuk game seperti Control berfungsi di PS5 berbanding Xbox Series X dan S.

Walau bagaimanapun, Puha menyatakan yang kedua-dua konsol tetap bagus untuk membangunkan game. Mereka ketika ini masih lagi belajar untuk mengenali dengan lebih mendalam tentang konsol-konsol baharu ini, dan ia merupakan sesuatu yang biasa untuk satu-satu hardware baharu yang dikeluarkan, dan mereka akan menggunakannya dengan lebih baik dari semasa ke semasa.

“Sony mengekalkan apa yang sudah tersedia berfungsi, software pembangunan dan alat-alat mereka sangat stabil dan bagus sejak awal lagi,” ujar Puha. “Microsoft memilih untuk mengubah beberapa perkara, yang mana mungkin dalam jangka waktu panjang adalah bagus, tapi tentunya ia satu cabaran yang sukar kepada kami pembangun pada awalnya kerana kami perlu menulis semula banyak perkara lain untuk mengambil manfaat untuk beberapa ciri tertentu.”

“Lebih banyak hardware yang kamu ada, lebih banyak perkara yang perlu dikorbankan sedikit apabila kamu adalah studio kecil macam kami, apabila kamu tidak mampu meluangkan terlalu banyak masa untuk memastikan semua platform dalam keadaan yang sangat baik.”

Control, sebuah game aksi yang telah memenangi banyak anugerah, kini boleh dimainkan di PC, PS4, PS5, Xbox One, Xbox Series dan Switch.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0
The Last of Us Part II Ditunda Ke Satu Tarikh Pelancaran Yang Tidak Dinyatakan

Mod Ini Tukar Model Karakter Ellie Dengan Joel Dalam The Last of Us Part II

Sony Dilaporkan Akan Menutup PS Store Di PS3, Vita Dan PSP Bermula Julai