in , , , ,

Pembangun CDPR Dilaporkan Terkejut Cyberpunk 2077 Akan Dilancarkan Pada 2020, Game Belum Siap

Wartawan industri gaming yang cukup terkenal, Jason Schreier, yang kini menulis untuk Bloomberg, telah menerbitkan satu artikel baharu di laman web itu.

Artikel kali ini mendedahkan beberapa laporan baharu tentang di sebalik tabir pembangunan game yang penuh kontroversi, Cyberpunk 2077, mendedahkan beberapa butiran yang agak mengejutkan.

Pertamanya, Schreier yang dikatakan menerima butiran ini dari pekerja CD Projekt Red, menyatakan bahawa walaupun game ini pertama kali diumumkan pada tahun 2012, pembangunan secara penuh game ini hanya bermula pada tahun 2016.

Menurutnya, ketika diumumkan kepada orang ramai tentang Cyberpunk 2077, CDPR masih lagi fokus untuk pembangunan game sebelumnya, iaitu The Witcher 3. Hanya pada sekitar hujung tahun 2016, barulah mereka fokus sepenuhnya untuk pembangunan game futuristik itu.

Kemudian, selang beberapa tahun, ia menimbulkan satu masalah yang cukup besar. Semasa E3 yang berlangsung pada Jun 2019, CDPR mengumumkan yang game itu akan dilancarkan pada 16 April 2020.

Tentunya, para peminat teruja dengan pengumuman ini, tetapi tidak kepada para pekerja yang membangunkan game tersebut. Mereka gusar tentang bagaiamana ingin menyiapkan game itu sedangkan ia masih jauh belum bersedia. Malah, ada yang beranggapan tarikh pelancaran yang diumumkan itu sekadar gurauan.

Walaupun pihak pengurusan atasan CDPR menundakan game itu sehingga lapan bulan, yang mana akhinya ia dikeluarkan pada Disember 2020, ia masih tidak cukup. Berdasarkan pasukan pembangun, mereka menjangkakan yang Cyberpunk 2077 hanya akan boleh disiapkan pada tahun 2022.

CDPR tetap mahu melancarkan game tersebut sebelum pelancaran konsol-konsol generasi baharu, menyatakan penangguhan pelancaran Cyberpunk 2077 bukan lagi satu pilihan. Melalui pelancaran pada tarikh tersebut, CDPR dikatakan dapat mengaut keuntungan berganda Cyberpunk 2077 yang dibeli dari kedua-dua generasi konsol.

Malah, ada jurutera game yang membangkitkan kebimbangan tentang game itu tidak dapat dimainkan di konsol generasi lama, namun pengurusan CDPR tidak mengambil endah, yakin yang mereka boleh lakukannya berdasarkan apa yang mampu mereka lakukan semasa pembangunan The Witcher 3.

Laporan ini turut mengulas tentang salah satu topik yang paling: pandangan first-person.

Disebabkan CDPR tidak pernah membangunkan sebuah game yang menampilkan pandangan first-person, mereka terpaksa membelanjakan sejumlah wang untuk melabur dalam teknologi, staf, dan teknik baharu yang belum pernah mereka terokai sebelum ini.

Korang boleh baca laporan penuh di sebalik tabir pembangunan Cyberpunk 2077 yang dikeluarkan Bloomberg di pautan ini.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Filem Mortal Kombat Kongsikan Gambar Pertama Sub-Zero, Jax Dan Ramai Lagi

Trailer Prolog Penuh Aksi Dan Gameplay Teknologi 'Braindance' Baru Cyberpunk 2077 Diperlihatkan

Ketua CDPR Beri Respon Terhadap Laporan Masalah Di Balik Tabir Pembangunan Cyberpunk 2077