in

Pembangun Candy Crush Sedang Membangunkan Game Call of Duty Mobile

Call of Duty untuk mobile? Teruja tak?

Melalui iklan kerja yang dikeluarkan King, pembangun Candy Crush, mereka sedang mencari level designer bagi sebuah game Call of Duty untuk mobile yang sedang mereka bangunkan.

Game ini sedang dibangunkan dengan kerjasama Activision Blizzard, yang mana mereka telah membeli King dengan harga USD5.9b pada tahun 2015.

“Tujuannya adalah untuk mencipta satu pengalaman Call of Duty di mobile, dalam masa sama memberikan nafas baru untuk mobile dan mendefinisikan semula genre itu,” kata iklan kerja tersebut. “Pendekatan dan cita-citanya haruslah menyegarkan, sosial dan mudah diakses, dalam masa sama menyediakan pengalaman game yang sangat asli.”

 

Selain level designer, sekurang-kurangnya terdapat dua lagi kerja kosong yang diiklankan oleh King, iaituΒ senior network engineer dan senior tools developer.

Pembangunan Call of Duty untuk platform mobile ini semestinya bukan sesuatu yang mengejutkan, memandangkan sebelum ini presiden penerbitan Activision,Β Coddy Johnson telah mengacah tentang kemungkinan syarikat itu untuk melabur dalam platform mobile selepas melihat kejayaan Fortnite, terutamanya di platform tersebut.

Terima kasih, Game Informer.

What do you think?

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Rage 2 Bakal Tiba 2019 - Saksikan Gameplay Trailer

Rage 2 Bakal Tiba 2019 – Saksikan Gameplay Trailer

Battlefield V Akhirnya Diumumkan Secara Rasmi, Acara Pengenalan Diadakan Minggu Hadapan