in , ,

Pembangun Call of Duty Mobile Dan Honor of Kings, Timi Studios Kini Adalah Pembangun Terbesar Dunia

Studio pembangun milik Tencent, Timi Studios dilaporkan kini merupakan studio pembangun game terbesar dunia berdasarkan jumlah pendapatan yang mereka berjaya jana pada tahun lalu.

Timi Studios dikatakan telah menjana pendapat sebanyak USD10 billion (sekitar RM41 billion) sepanjang 2020, beberapa sumber yang dipercayai memberitahu Reuters.

Menurut beberapa pemerhati industri, melalui jumlah pendapatan sebesar itu, pembangun Call of Duty Mobile dan Honor of Kings itu kini merupakan studio pembangun game terbesar dunia.

Menurut Reuters lagi, jumlah pendapatan ini menjadi asas kepada cita-cita mereka untuk memperluas pengaruhnya melangkaui mobile game sahaja, seterusnya bersaing secara terus dengan gergasi-gergasi game AAA lain di platform seperti PC, PlayStation, Xbox dan Nintendo Switch.

Minggu lalu, Tencent ada mendedahkan angka rasmi pendapatan yang dijana oleh kesemua studio bawahnya sepanjang 2020, iaitu sebanyak USD23.79 billion (sekitar RM98.53 billion) — walau bagaimanapun tidak berkongsikan berapakah pendapatan untuk setiap studio.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Apex Legends Season 9 Akan Bawakan Banyak Kandungan Titanfall

Hanya Gunakan Mulut, Gamer OKU Ini Boleh Belasah Korang Dalam Call of Duty: Warzone