in , ,

Pembangun Black Myth: Wukong Akan ‘Bersembunyi’ Selepas Trailer Pertamanya Meletup

Tanpa sebarang berita awal atau pemasaran yang gah, game yang sedang dibangunkan Game Science Studio, Black Myth: Wukong telah menggegarkan Internet semalam dengan trailer gameplay yang cukup mengagumkan.

Setelah mendapat pujian positif dari pelbagai arah, studio itu telah tampil untuk memberikan respon. Bercakap di Weibo (via IGN), pengasasnya, Feng Ji telah menyatakan yang pasukannya akan ‘bersembunyi’ untuk meneruskan pembangunan game ini. Dalam kata lain, kita mungkin tidak akan dapat melihat trailer baharu dalam masa terdekat ini.

Kata beliau, tujuan trailer pertama itu diperlihatkan adalah untuk berlaku jujur tentang game tersebut, dalam masa sama untuk menarik lebih ramai staf berpotensi untuk menyertai syarikat mereka. Beliau menambah bahawa mereka gembira terhadap populariti trailer itu yang meletup, namun menegaskan yang mereka tidak akan terbuai atau tenggelam dengan lonjakan tersebut.

Malah Ji turut menyatakan kita perlu ‘melupakan’ trailer itu kerana ia tidak menggambarkan hasil kerja sebenar mereka. Beliau menyebutkan beberapa kesalahan yang ada dalam trailer itu seperti framerate rendah di sesetengah babak, visual air yang kurang baik, serta muzik yang dikatakannya yang tidak sesuai dengan aksi yang dipaparkan.

Semalam kita telah digemparkan dengan game ini apabila ia memaparkan sebuah game yang memiliki kombat seumpama Dark Souls, menggunakan tema mitologi novel klasik tersohor China, Journey to the West.

Korang boleh baca mengenai Black Myth: Wukong di pautan di bawah.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Pembangun Fall Guys Harap Mereka Boleh Ikuti Kejayaan Rocket League

Fall Guys: Season 2 Akan Diperlihatkan Semasa Malam Pembukaan Gamescom 2020

Batman: Gotham Knights Diumumkan, Saksikan Trailer Yang Memaparkan Gameplay Co-Op

Batman: Gotham Knights Diumumkan, Saksikan Trailer Yang Memaparkan Gameplay Co-Op