in , , , , , ,

Pembangun Among Us Menuduh Fortnite Atas Isu Plagiat

Baru-baru ini, Fortnite telah mengumumkan mode terbaru iaitu Impostors yang boleh dimainkan sekarang. Namun, mode terbaru itu menarik perhatian pembangun Among Us, InnerSloth.

Mode Impostors itu meletakkan 10 orang pemain dalam ruang besar yang mempunyai banyak bilik iaitu The Bridge. 8 orang kekal di kawasan The Bridge dikenali sebagai agents manakala 2 orang lagi akan menjadi Impostors untuk musnahkan kawasan itu.

Populariti Among Us Bagaikan Durian Runtuh

Agents akan melakukan pelbagai tugasan sementara Impostors akan cuba untuk membunuh mereka tanpa dikenal pasti. Pemain kemudiannya akan melakukan perbincangan untuk mengenal pasti siapa Impostors dan mereka perlu undi untuk menendang keluar pemain.

Pengaturcara Among Us, Gary Porter menaikkan posting di akaun Twitter miliknya untuk menunjukkan persamaan di antara Among Us dan mode terbaru Fortnite serta map The Skeld iaitu map asal Among Us.

Seorang pengguna Twitter bernama Stephen Parker telah melakukan modifikasi ke atas gambar perbandingan Gary Porter untuk menunjukkan dengan lebih jelas persamaan dua map tersebut dengan melukis garisan pelbagai warna yang menghubungkan bilik ke bilik.

Stephen berkata mereka tiada masalah dengan penambahan mekanik/gameplay yang hampir sama dengan game lain kerana industri ini selalu melakukannya. Konsep Among Us bukanlah baru, ianya seperti Werewolf/Mafia. Tapi mereka ada masalah dengan bagaimana Epic melakukannya.

Pengarah komuniti Among Us, Victoria Tran meluahkan rasa kecewanya dengan menulis di Twitter: “Ini boleh jadi kolaborasi yang bagus. Tapi nampaknya ini hanyalah masa yang sedih untuk indie.”

Victoria menambah, “Game mekaniknya baik, tapi sekurang-kurangnya perlulah ada tema dan terminologi yang berbeza untuk menampakkannya lebih menarik bukan?”

Written by Danial DaxZuher

Seorang penulis yang suka bermain game menembak, membaca novel aksi, mendengar lagu OST video games dan movies serta mencipta cerita pendek.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Pokemon Presents 2021 – 2 Game Baru Diumumkan, Juga Kemaskini 4 Game Sedia Ada

Ubisoft Singapore Dilaporkan Disiasat Pihak Berkuasa Singapura Atas Dakwaan Gangguan Seksual