Kira-kira sebulan yang lalu, InnerSloth mengumumkan yang mereka sedang membangunkan sekuel kepada Among Us, iaitu Among Us 2.
Walau bagaimanapun, mereka kini telah membuat pusingan-U setelah game pertamanya secara tiba-tiba menjadi hangat walaupun selepas 2 tahun dilancarkan.
Dalam pengumuman terbaharu, mereka mengumumkan pula yang sekuel itu telahpun dibatalkan. Fokus mereka kini adalah untuk menambah segala kandungan yang dirancang sebelum ini untuk Among Us 2 ke dalam Among Us 1.
InnerSloth mengatakan pada asalnya, tujuan mereka untuk membangunkan sekuel adalah disebabkan pangkalan kod Among Us 1 sudah lapuk dan tidak dibangunkan untuk menyokong penambahan lebih banyak kandungan. Namun, melihat kepada betapa ramainya jumlah pemain game pertama pada ketika ini, mereka memutuskan untuk terus menyokong game ini dan bawakannya ke tahap yang lebih baik dengan mengusahakan semula kod asas game ini.
Among Us pertama kali dilancarkan pada 2018. Ia tidak mendapat perhatian yang secukupnya sehinggalah pada bulan Ogos tahun ini apabila ramai streamer yang bermain game ini.
Among Us boleh dimainkan di Steam dengan harga RM12.50, dan percuma di iOS dan Android. Game ini menyokong fungsi cross-play — pemain di PC, iOS dan Android boleh main bersama.
Comments
Loading…