Selepas sibuk dengan bermacam pengumuman daripada Sony pada minggu lalu, minggu ini pula kita akan beralih ke arah Electronic Arts.
Penerbit gergasi itu akan mengadakan acara digital mereka sendiri, iaitu EA Play pada 19 Jun, 7 pagi (waktu Malaysia). Walaupun mereka tidak mendedahkan secara rasmi barisan penuh game yang akan diperlihatkan dalam acara tersebut, salah satu daripada game itu sudah diacah oleh pembangunnya.
Josef Fares melalui akaun Twitternya telah mengumumkan yang studionya, Hazelight Studios akan terlibat dalam EA Play kali ini dan mereka akan mendedahkan game terbaharu dalam acara tersebut.
Beliau sebelum ini sudah banyak mengacah game yang sedang studionya itu bangunkan. Antaranya, kalau korang masih ingat, pada Disember lalu, beliau ada berkongsikan satu video pendek di balik tabir pembikinan game tersebut. Korang boleh saksikannya di bawah:
Secara peribadi, penulis sangat menantikan game keluaran Hazelight ini. Game terakhir mereka, A Way Out yang dikeluarkan pada 2018 telah benar-benar menambat hati penulis. Ia merupakan sebuah game co-op yang sungguh unik yang mempunyai jalan cerita yang sangat bagus.
Mereka sebelum ini telah mengesahkan yang game seterusnya daripada studio itu juga adalah game co-op, membuatkan penulis semakin teruja.
Korang boleh baca reviu kami tentang A Way Out di sini, dapatkan gambaran mengapa game itu benar-benar telah menambat hati penulis.
Comments
Loading…