Boleh dikatakan kesemua kejohanan sukan antarabangsa dibatalkan pada ketika ini dalam situasi pandemik COVID-19, dan termasuk jugalah musim perlumbaan F1.
Bagi mengisi masa terluang, serta menghiburkan para peminat perlumbaan permotoran itu, penganjur Formula 1 telah mengumumkan siri F1 Esports Virtual Grand Prix — sebuah kejohanan esports yang akan menampilkan beberapa pemandu sebenar F1, dimainkan dalam video game rasmi F1 2019 yang dibangunkan Codemasters.
Kejohanan esports ini akan dimainkan di platform PC, serta akan disiarkan secara langsung ke seluruh dunia. Ia akan boleh ditonton di channel rasmi F1 di Youtube, Twitch dan Facebook.
Lebih menarik, perlumbaan secara online ini akan mengikut jadual seperti perlumbaan F1 sebenar seperti yang telah dirancangkan sebelum ini. Pada ketika ini, Bahrain Grand Prix sepatutnya sedang berlangsung.
Bukan semua pemandu F1 akan terlibat memeriahkan kejohanan online. Selain pemandu F1 masakini, mereka yang turut menyertai adalah seperti bekas pemandu F1, pemandu esports dan beberapa figura terkemuka seperti pemuzik Liam Payne, pemain golf Ian Poulter serta pemenang pingat emas Olimpik Sir Chris Hoy.
Menurut penganjur lagi, kejohanan ini mungkin akan dilanjutkan hingga Mei dan ke hadapan sekiranya pandemik COVID-19 tidak menunjukkan penurunan serta kejohanan F1 sebenar terpaksa ditangguh lagi.
Terima kasih, Kotaku.
Comments
Loading…