Vietnam terus mengekalkan status mereka sebagai sebuah negara gergasi dalam arena Pro Evolution Soccer (PES) di rantau Asia Tenggara selepas perlawanan akhir yang menyaksikan pertembungan dua pemain sesama mereka. 

Kekuatan komuniti PES Asia Tenggara.

Juara PES SEA Finals 2016 di Hanoi, Vietnam tahun lalu, Duy Map telah mempertahankan kejuaraannya di PES SEA Finals 2017 yang diadakan di Bandung, Indonesia semalam. Beliau telah berjaya menumpaskan rakan senegaranya, Le Tam dengan keputusan 3-1.

Kedua-dua pemain yang terkandas di peringkat separuh akhir, Bossui Rujikorn, dari Thailand dan Ady Q-Wa, pemain tuan rumah Indonesia telah berkongsi tempat ketiga/keempat.

Anda boleh saksikan aksi-aksi perlawanan separuh akhir, perlawanan akhir dan seterusnya acara penutup dalam video di bawah:

Malang buat kem negara, apabila tuah tidak menyebelahi mereka. Keempat-empat pemain dari Malaysia terkandas awal di peringkat kumpulan.

JomBaca: Jom Berkenalan Dengan 4 Pemain PES Malaysia Yang Akan Ke Bandung, Indonesia Untuk PES SEA Finals 2017
Empat pemain tanah air yang membawa nama Malaysia di peringkat Asia Tenggara.

Anda boleh lihat kesemua keputusan perlawanan PES SEA Finals 2017 di sini.

Di bawah adalah beberapa gambar di sekitar PES SEA Finals 2017, kredit kepada PES League Malaysia dan PES League Indonesia. Jom layan:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.