in , , , ,

Pemain Takkan Perlukan Lagi PS Plus Untuk Main Rocket League Apabila Ia Berubah Model Kelak

Julai lalu, Psyonix telah mengumumkan bahawa Rocket League akan mengalami perubahan yang cukup besar, iaitu game bola-sepak-kereta itu akan bertukar menjadi sebuah game percuma untuk dimainkan oleh semua (free-to-play).

Terkini, mereka telah berkongsi dengan lebih mendalam tentang apakah perubahan dan penambahbaikan yang akan ditampilkan.

Seperti dijangka, sebagai sebuah game free-to-play, pemain di PS4 dan Nintendo Switch masing-masing tidak perlu lagi mempunyai langganan PlayStation Plus dan Switch Online untuk bermain mode-mode online multiplayer.

Rocket ID pula akan bertukar menjadi Epic Friends. Senarai rakan Rocket ID yang pemain ada kini akan menjadi Epic Friends, serta senarai rakan sedia ada dalam akaun Epic Games akan kelihatan dalam Rocket League.

Di samping itu, mereka juga ada menerangkan pelbagai pembaharuan seperti memperkemas Seasons, Competitive Rank baharu, pengalaman bermain baharu dan banyak lagi. Korang boleh baca butiran ini di pautan ini.

Walau bagaimanapun, Psyonix belum lagi bersedia untuk mendedahkan tarikh tepat pelancaran kemaskini ini. Mereka hanya menyatakan yang ia akan tiba pada pertengahan September ini.

Rocket League kini boleh dimainkan di PC, PS4, Xbox One dan Switch. Buat masa ini di PC, ia boleh didapati di Steam, dan apabila kemaskini baharu ini dilancarkan, game ini hanya akan ada di Epic Games Store. Namun jangan risau kerana pemain Steam yang telah membelinya tetap dibenarkan main seperti biasa.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

India Haramkan PUBG Mobile Dan Lebih 100 Aplikasi Dari China

Mario Kart Live: Home Circuit - Kawal Kereta Dan Trek Dunia Sebenar Di Ruang Tamu Dengan Nintendo Switch

Mario Kart Live: Home Circuit – Kawal Kereta Dan Trek Dunia Sebenar Di Ruang Tamu Dengan Nintendo Switch