in , , ,

Pemain Steam Semakin Ramai Gunakan Controller, Terutamanya Peningkatan Controller PlayStation

Semakin hari semakin ramai pemain Steam yang bermain game menggunakan controller, terutamanya peningkatan terhadap penggunaan controller dari platform PlayStation.

Bilangan purata harian pemain yang menggunakan controller ketika bermain game di Steam telah meningkat lebih daripada dua kali ganda dalam jangka waktu dua tahun kebelakangan ini.

Valve mendedahkan perkara ini dalam satu kenyataan yang mengumumkan semua game yang menggunakan Steam Input API kini menyokong penggunaan penuh controller PS5, iaitu DualSense — bermakna, penggunaan DualSense di Steam dihadirkan bersama sokongan fungsi LED, trackpad, rumble dan gyro.

Valve mendedahkan kebanyakan game yang mudah untuk bermain menggunakan controller, ia seringkali mencecah lebih 60 peratus pemain yang menggunakan controller ketika bermain game tersebut. Malah, ada sesetengah game, seperti game skate board, mampu mencecah sehingga 90 peratus pemain menggunakan controller.

Mereka turut mendedahkan bahawa sepanjang dua tahun kebelakangan ini, jumlah pemain yang menggunakan controller PlayStation juga telah meningkat dengan signifikan, iaitu dari 10.9 peratus kepada 21.6 peratus, daripada jumlah keseluruhan pemain yang menggunakan controller di Steam.

Korang pun suka main menggunakan controller di Steam? Controller apa? Game apa? Kongsikannya di ruangan komen.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Among Us Akan Menerima Map Baru, Paparan Penuh Semasa The Game Awards

Square Enix Umum Game Tomb Raider Baru Untuk Mobile, Bakal Hadir 2021