Semalam, Rocket League telah melancarkan perubahan terbesar sepanjang hayat game itu — iaitu bertukar model kepada sebuah game percuma untuk semua mainkan (free-to-play).
Bertitik tolak dari situ, ramai telah mencuba game ini dan ia telah memecahkan rekod baharu. Pada kira-kira jam 12 tengah malam, 25 September, Rocket League berjaya mencapai 1 juta pemain serentak yang sedang bermain game ini.
Berita ini diumumkan oleh ketua pembangunan Rocket League, Corey Davis di Twitter, yang mana beliau telah memuatnaik screenshot dari dalam game yang memaparkan jumlah pemain yang sedang online pada ketika itu telah mencecah tujuh angka.
Selepas berusia 5 tahun, Rocket League telah bertukar game model bisnes dan ia kini boleh dimainkan secara percuma di PC (Epic Games Store), PS4, Xbox One dan Switch.
Comments
Loading…