in , ,

Pemain PUBG Mobile Telah Membelanjakan Lebih RM14 Billion Sejak Pelancaran

PUBG Mobile sebagai antara game mobile yang paling popular di seluruh dunia sememangnya tidak asing lagi. Namun, pernah tak korang terfikir berapakah wang yang telah berjaya dikutip melalui game ini?

Sensor Tower, sebuah firma penganalisis, telah melaporkan bahawa game shooter battle royale itu telah berjaya melepasi pendapatan sebanyak USD3.5 billion (sekitar RM14.52 billion) daripada pembelian item dalam game (microtransactions) sejak pelancarannya.

Untuk tahun 2020 sahaja, PUBG Mobile telah mencecah USD1.8 billion (sekitar RM7.47 billion) daripada pembelanjaan microtransactions oleh para pemain. Pendapatan ini merupakan data yang dicampurkan daripada PUBG Mobile dan versi China-nya, yang digelar Game For Peace.

Pasaran terbesar game ini sudah tentunya di China, di mana pemain telah membelanjakan sejumlah USD1.9 billion (sekitar RM7.88 billion) sepanjang hayatnya, hanya di iOS. Pasaran kedua dan ketiga terbesar pula masing-masing terletak di Amerika Syarikat dan Jepun.

Dari segi perbandingan platform pula, 80 peratus daripada perbelanjaan PUBG Mobile datang daripada iOS. Untuk jumlah muat-turun pula, 770 juta muat-turun telah dicatatkan di kesemua platform. Pada tahun 2020 sahaja, sebanyak 198 juta muat-turun baharu telah berjaya dicatatkan.

Korang boleh baca laporan penuh analisis Sensor Towet di pautan ini.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Akhirnya Square Enix Keluarkan 18 Minit Video Gameplay Marvel's Avengers, Saksikan Di Sini

Studio Malaysia, Lemon Sky Studios Turut Terlibat Dalam Pembangunan Marvel’s Avengers

IKEA Umum Kerjasama Dengan ASUS ROG Untuk Perabot Gaming Berpatutan

IKEA Umum Kerjasama Dengan ASUS ROG Untuk Perabot Gaming Berpatutan