Impian merasai cross-gen-play bakal menjadi kenyataan!

Salah satu dilema yang menyelubungi apabila satu-satu konsol generasi baru dilancarkan ialah transisi untuk berpindah dari generasi sebelumnya ke generasi seterusnya. Berpindah ke generasi seterusnya sering “meninggalkan” rakan-rakan lain di generasi sebelumnnya.

Walau bagaimanapun, korang jangan risau apabila ingin berpindah ke PS5 kelak. Menurut laporan Twinfinite, Sony telah mengesahkan bahawa pemain PS5 nanti akan boleh bermain bersama pemain PS4 melalui fungsi backwards compatibility yang sudahpun diumumkan baru-baru ini.

Ini merupakan salah satu langkah Sony dalam memastikan transisi para pemain dari PS4 ke PS5 tidak menimbulkan sebarang masalah. Naib presiden, John Kodera menegaskan bahawa cross-gen-play merupakan sesuatu yang penting untuk komuniti PlayStation.

“Backward compatibility adalah positif bukan sahaja kerana kamu boleh mainkan game-game lama di konsol generasi seterusnya, tapi juga kerana komuniti boleh menikmati game bersama melalui cross-gen gameplay,” ujar Kodera.

Secara teknikalnya, nama “PS5” masih lagi belum diumumkan secara rasmi, sebaliknya mereka pada ketika ini hanya menggunakan istilah “konsol generasi seterusnya.” Malah, tarikh pelancarannya juga masih belum didedahkan.

JomKomen!