Bertarunglah dengan adil. Jangan jadi noob sangat!

Semalam dunia PS4 telah dikejutkan dengan satu glitch yang sangat berbahaya. Mana-mana pemain kini boleh menghantar sesuatu mesej melalui PlayStation Network (PSN), yang mana apabila popup sahaja mesej tersebut, PS4 akan terus “crash” dan jadi “brick”.

Rakan penulis sendiri, Fami Ozil, juga telah terkena glitch ini dan beliau sendiri telah mengesahkan yang mesej itu beliau tidak buka pun, ia hanya popup di skrin PS4 semasa sedang bermain, dan PS4 akan terus mati.

Korang boleh baca lebih lanjut tentang isu glitch ini di sini.

Terbaru, sesetengah pemain PS4 yang tidak bertanggungjawab telah mewujudkan satu trend yang sememangnya kurang enak untuk didengar. Mereka akan mengeksploit glitch mesej ini semasa bermain mode Ranked atau Competitive dalam mana-mana game esports. Antara kes yang telah kami temui ialah seperti apa yang dilaporkan oleh redditor u/Ninsecronic dalam Overwatch dan apa yang dilaporkan oleh Hazira Nazri di group Facebook PS4 Malaysia Gang dalam Rainbow Six Siege.

Mereka akan eksploit glitch ini untuk merosakkan PS4 pihak lawan. Apabila PS4 pihak lawan telah “brick”, sudah tentu pihak lawan akan terkeluar daripada game Ranked/Competitive dan mereka akan memenangi perlawanan tersebut dengan mudah dan percuma. Ezpz.

Lebih membimbangkan apabila mereka ini bukan menyerang seorang pemain sahaja, malah mengenakan glitch ini kepada keseluruhan pemain dalam pasukan lawan. Sangat keji.

“Saya sedang bermain game Competitive, apabila secara tiba-tiba saya dihujani dengan beberapa mesej oleh pemain dari pihak lawan, dan PS4 saya mula “glitching” dengan teruk dan saya tak boleh gunakannya dalam masa beberapa saat. Semua dalam pasukan saya terjadi benda yang sama dan tiada seorang pun daripada kami yang boleh menggunakan controller,” kata u/Ninsecronic.

“Saya kena petang tadi, teammates sayang pun kena, semasa main Ranked dalam Rainbow Six Siege,” kata Hazira Nazri.

Ingatakan kepada semua, pastikan korang dah buat langkah pencegahan awal untuk mengelakkan mesej glitch ini, seperti yang telah kami terangkan di sini.

Sementara kita menunggu apa-apa kenyataan rasmi daripada Sony mengenai isu ini, sama-samalah kita berdoa supaya kita dijauhkan daripada kegiatan-kegiatan hasad seperti ini.

JomKomen!