in ,

Pemain PS4 Ini Cipta Rekod Dunia Apabila Capai 50 Trofi Platinum Dalam Masa 20 Jam

Melakukan speedrun untuk sesebuah game mungkin kita biasa dengar. Tapi, pernah tak korang dengar tentang speedrun mengumpulkan trofi Platinum dalam satu-satu masa?

Seorang pemain PlayStation 4, yang dikenali dengan PSN ID “PS_4Trophies” telah mencipta satu rekod dunia untuk speedrun yang cukup mengagumkan. Beliau telah berjaya meraih 50 trofi Platinum dalam masa 20 jam sahaja.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan, beliau berkata, “saya pada mulanya fikir yang ia akan lebih mudah daripada yang disangka, tapi komuniti sentiasa memberikan sokongan dan pencapaian ini didedikasikan untuk mereka.”

“Game yang dimainkan tidaklah mencabar tapi apa yang payahnya adalah untuk mengekalkan fokus mental untuk speedrun sehingga 50 game dalam masa sama terpaksa bertukar-tukar antara top down scrollers, twin stick shooters, side scrollers, dan lain-lain serta perubahan skema kawalan. Memori otot, fokus dan adrenalin adalah kunci utama.”

Bagi korang yang tidak tahu, trofi Platinum diperolehi apabila mendapatkan kesemua trofi lain yang ada dalam sesebuah game. Ia memerlukan dedikasi yang cukup tinggi kerana untuk mendapatkan kesemua trofi dalam sesebuah game bukanlah sesuatu yang mudah.

Di bawah ialah senarai kesemua 50 game yang beliau berjaya capai dalam masa 20 jam tersebut:

  1. Attack of the Toy Tanks
  2. Himno
  3. Mekabolt
  4. Cybarian: The Time Traveling Warrior
  5. Zeroptian Invasion
  6. Iron Snout
  7. 36 Fragments of Midnight
  8. Gravity Duck
  9. Foxy Land
  10. Bouncy Bullets
  11. Mochi Mochi Boy
  12. Super Weekend Mode
  13. Daggerhood
  14. FullBlast
  15. Heroes Trials
  16. Inksplosion
  17. Jack N’ Jill DX
  18. Metagal
  19. Midnight Deluxe
  20. Paradox Soul
  21. Super Destronaut DX
  22. Bouncy Bullets
  23. Deep Space Rush
  24. Bird Game+
  25. Peasant Knight
  26. Zeroptian Invasion
  27. Midnight Deluxe
  28. Attack of the Toy Tanks
  29. Super Weekend Mode
  30. Jack N’ Jill DX
  31. Mekabolt
  32. Daggerhood
  33. FullBlast
  34. Heroes Trials
  35. Inksplosion
  36. Himno
  37. Metagal
  38. Foxy Land
  39. Gravity Duck
  40. Mochi Mochi Boy
  41. 36 Fragments of Midnight
  42. Iron Snout
  43. Super Destronaut DX
  44. Bird Game+
  45. Zeroptian Invasion
  46. Cybarian: The Time Traveling Warrior
  47. Attack of the Toy Tanks
  48. Daggerhood
  49. Peasant Knight
  50. Metagal

Ada yang berani untuk pecahkan rekod beliau ini?

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Kini Lebih Ramai Main The Witcher 3 Berbanding Pada Tahun 2015, Terima Kasih Kepada Netflix

Sekarang Korang Boleh Mainkan "Toss a Coin to Your Witcher" Dalam Beat Saber

Sekarang Korang Boleh Mainkan “Toss a Coin to Your Witcher” Dalam Beat Saber