Pemain PS4 dan Xbox One telah bersatu buat seketika!
Beberapa hari lalu, kita sebenarnya telah dikejutkan dengan cross-play antara platform PS4 dan Xbox One dalam game Fortnite. Menurut beberapa laporan, antaranya redditor PRE_-CISION-_ telah menyatakan bahawa para pemain PS4 dan Xbox One telah bermain bersama dalam satu server mode baru dalam Fortnite, iaitu Battle Royale.
Bolehlah dikatakan situasi ini sebagai kali pertama dua platform gergasi ini bertemu antara satu sama lain dalam satu server umum.
Perkara ini pastinya sesuatu yang memusykilkan apabila sebelum ini Sony sentiasa berkeras dalam membenarkan platform mereka untuk bergabung dan bermain bersama dengan platform musuh ketatnya, Xbox dari Microsoft. Ramai yang mula membuat spekulasi awal bahawa Sony sudah mula berlembut hati dalam isu ini, selepas Microsoft kelihatan masih berusaha untuk menjayakan hasrat cross-play ini.
Walau bagaimanapun, nampaknya impian kebanyakan gamers ini hanyalah satu kesilapan. Developer game Fortnite, Epic Games telah bercakap kepada DualShockers dan mengesahkan bahawa mereka mempunyai isu konfigurasi dan ia sekarang telah diperbetulkan.
Di sebalik kesilapan yang tidak disengajakan ini, kita telah mendapat bukti bahawa cross-play antara platform PlayStation dan Xbox sememangnya sesuatu yang boleh dilakukan. Satu-satunya perkara yang menjadi penghalang kepada penyatuan ini adalah keengganan sesetengah pihak untuk membenarkannya.
Fortnite kini boleh dimainkan di PC, PS4 dan Xbox One.
[KEMASKINI]: Ketua Xbox, Phil Spencer telah memberikan respon beliau terhadap kesilapan cross-play yang berlaku dalam Fortnite ini. Kata beliau, “saya mungkin suka untuk mereka (Epic Games) membiarkan itu (cross-play PS4/Xbox One) saja.”
https://twitter.com/XboxP3/status/909907901765922816
Comments
Loading…