in ,

Pemain PS Plus Menerima Game Percuma Bernilai Sekitar RM3200 Pada 2020

Apabila setiap bulan Sony mengumumkan senarai game percuma dalam langganan PlayStation Plus, pasti ada yang gembira dan ada juga yang kecewa dengan game-game yang ditawarkan. Namun, kita tidak boleh nafikan bahawa nilai-nilai game yang diberikan adalah sangat tinggi, sama ada kita suka ataupun tidak.

Ahli PS Plus membayar RM159 setahun (atau RM69/3 bulan), menerima beberapa game PS4 dan PS5 percuma pada setiap bulan, yang mana secara keseluruhan sepanjang tahun 2020, semua game tersebut bernilai USD789.72 (sekitar RM3200.73). Ini menurut kajian dan perkiraan yang dilakukan oleh Push Square.

Antara game besar yang ditawarkan percuma dalam langganan PS Plus sepanjang tahun ini ialah Uncharted 4: A Thief’s End, BioShock: The Collection, Shadow of the Colossus, Fall Guys, Bugsnax, Worms Rumble dan banyak lagi.

Lebih menarik, nilai ini juga termasuk sekali untuk game-game percuma yang ditawarkan dalam PlayStation Plus Collection, eksklusif untuk pelanggan PS Plus di PS5.

Walau bagaimanapun, harus diingat, ini merupakan anggaran perkiraan untuk langganan PS Plus bagi rantau Amerika Utara. Para pelanggan PS Plus di Malaysia (Asia) mungkin bernilai sedikit berbeza daripada anggaran ini disebabkan kadang-kala ada game yang berbeza serta harga game dalam Ringgit yang sedikit berlainan.

Namun, anggaran dari Push Square ini bolehlah diambil kira sebagai anggaran kasar untuk PS Plus bagi pemain Malaysia kerana perbezaan itu tidaklah terlalu ketara.

Yang terkini, untuk bulan Disember 2020, PS Plus memberikan Worms Rumble, Just Cause 4, dan Rocket Arena.

Game apa yang korang rasa paling berbaloi ditawarkan dalam PS Plus pada tahun ini?
Kongsikannya di ruangan komen.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Ada Easter Egg Uncharted Dalam The Last of Us Yang Tiada Siapa Jumpa Sejak 2013

Ada Easter Egg Uncharted Dalam The Last of Us Yang Tiada Siapa Jumpa Sejak 2013

13 Pelakon Terkenal Yang Pernah Terlibat Dalam Industri Video Game

CDPR Tekad Untuk Mempertahankan Diri Atas Tindakan Undang-Undang Terhadap Cyberpunk 2077