in , ,

Pemain Malaysia Akan Boleh Cuba Apex Legends Mobile Tidak Lama Lagi, Pra-Daftar Sekarang

April lalu, Respawn telah membuka sesi percubaan beta yang pertama untuk Apex Legends Mobile, hanya untuk pemain di India dan Filipina.

Kini, mereka telah mengumumkan sesi percubaan yang seterusnya untuk tiga buah negara Asia Tenggara, iaitu Indonesia, Filipina dan Malaysia.

Respawn tidak menyatakan secara tepat bilakah sesi itu akan bermula, namun mengatakan ia akan berlangsung tidak lama lagi. Malah, pra-pendaftaran juga sudah dibuka. Harus diingat, sesi percubaan ini hanya untuk pengguna Android, belum lagi untuk pengguna iOS.

Korang boleh mula pra-daftar di pautan ini, dan dapatkan notifikasi sebaik sahaja game tersebut dilancarkan.

Mereka turut menyatakan yang Apex Legends Mobile akan dibawa ke beberapa negara lain secepat mungkin.

Bagi yang masih belum pernah menyaksikan gameplay Apex Legends Mobile, korang boleh tontonnya di sini. Kebanyakan gameplay akan dimainkan dalam pandangan 3rd-person, manakala pandangan first-person hanya kelihatan ketika dalam bidikan (aiming).

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Galian Data Aplikasi Netflix Temui Gambar Ghost of Tsushima, DualSense – Kerjasama Netflix-PlayStation?

Walau Macam Mana Pun Valve Cuba Bendung Scalper, Steam Deck Mula Dijual Di eBay Dengan Harga Melampau