in , , ,

Pemain Jadi Seekor Kucing Jalanan Yang Tersesat Di Bandar Moden Terbiar Dalam Game Terbaharu Ini

Annapurna Interactive telah mengadakan acaranya secara langsung tengah malam tadi bagi memperlihatkan beberapa game terbaharu mereka. Antara game yang menarik perhatian ramai adalah Stray.

Stray merupakan sebuah game indie di mana pemain mengawal seekor kucing jalanan yang tersesat ke dalam sebuah bandar futuristik yang terbiar. Persekitaran bandar ini kelihatan cukup sunyi kerana tiada lagi kehadiran manusia, sebaliknya hanya robot yang seperti tidak berfungsi dengan sebaiknya.

Misi utama game ini adalah untuk kucing jalanan ini kembali bersatu dengan keluarganya seperti sebelum ia tersesat ke dalam bandar usang itu. Awalnya, kucing ini akan melompat ke sana ke sini di jalan-jalan yang sempit, memanjat tempat-tempat tinggi, menggunakan objek-objek di sekeliling untuk menyelamatkan diri (seperti puzzle) — sama seperti si comel yang sering kita nampak di jalanan.

Sampai satu tahap, kucing ini akan bertemu dengan satu dron, yang akhirnya akan menjadi peneman dan pembantu kepada kucing ini meneruskan perjalanan — bertembung pula dengan haiwan berbahaya aneh serta robot-robot yang baik dan jahat. Melalui dron penemannya itu, kucing ini mampu berkomunikasi dengan robot-robot lain.

Jom layan trailer pertama Stray:

Stray akan dilancarkan untuk PC (Steam), PS4 dan PS5 sekitar awal tahun 2022.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Sony Umum PS5 Kini Terjual Sebanyak 10 Juta Unit, Jualan Konsol PlayStation Paling Pantas Dalam Sejarah

EA Sports Memperlihatkan Trailer Gameplay Rasmi Untuk FIFA 22