in , ,

Pemain Ini Tukar PS2 Kepada Platform Bimbit – Macam Switch Versi Sony Tapi Era 2000

Seorang pemain ini telah mencipta sebuah platform gaming bimbit yang mampu memainkan game-game klasik yang pernah dilancarkan untuk PlayStation 2.

Pereka yang dikenali dengan nama GingerOfOz ini telah menamakan ciptaannya ini dengan gelaran ‘PS2 Eclipse’. Bukan setakat game-game sahaja boleh memainkan barisan game dari PS2, malah rekaan fizikalnya juga boleh dikatakan kelihatan seperti platform bimbit pada era 2000.

Antara game yang diperlihatkan boleh dimainkan di PS2 Eclipse ini adalah Kingdom Hearts, Grand Theft Auto: San Andreas, Persona 4 dan lain-lain game PlayStation klasik.

Menurutnya, PS2 Eclipse tidak menggunakan teknik emulation. Sebaliknya, ia menggunakan motherboard PS2 sebenar yang dipotong, meninggalkan hanya komponen-komponen yang paling penting sahaja. Oleh itu, ia boleh memainkan apa sahaja game PS2, semua gameplay dimainkan dalam kelajuan penuh tanpa sebarang glitch.

PS2 Eclipse ini menampilkan skrin bersaiz 5 inci, resolusi 480p, pembesar suara di bahagian tepi, indikasi nyawa bateri, serta headphone jack.

Disebabkan tiada drive untuk memasukkan disk, maka game-game perlu di-port secara perlahan via USB. The Verge menyebutkan, konsep ini membuatkan sesetengah game boleh menjadi tersekat-sekat dan mengambil masa yang agak lama untuk loading.

Korang boleh saksikan video di bawah, di mana beliau menceritakan apakah motivasi di sebalik pembikinan PS2 Eclipse ini, serta bagaimanakah beliau menciptanya.

GingerOfOz tidak merancang untuk menjualnya buat masa ini, namun beliau ada menyediakan penerangan dalam bentuk teks tentang bagaimana sebenarnya ia berfungsi, serta turut menyediakan panduan sekiranya korang ingin cuba membinanya sendiri.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Untuk Ambil Game Percuma Di Epic Games Store Kini Memerlukan Pengesahan Dwi-Factor

Epic Telah Belanja RM2.1b Untuk Epic Games Store, Hanya Akan Jana Keuntungan Selepas 2027

Saksikan Trailer Baharu The Witcher: Nightmare of the Wolf, Bersedia Untuk Tayangan Bulan Ini