in , , , , ,

Pemain Ini Habiskan Sekiro: Shadows Die Twice Sambil Menutup Mata Dengan Kain

Sekiro: Shadows Die Twice dinobatkan ramai sebagai antara game paling susah untuk dihabiskan. Sekiranya korang cukup gigih, mampu bertahan sehingga penamatnya, maka korang sememangnya hebat.

Tapi apa yang lagi hebat? Kalau korang dapat habiskan game ini dari awal sampai habis dengan menutup mata dengan kain (blindfold).

Ya. Pemain ini telah habiskan Sekiro: Shadows Die Twice dari awal hingga ke penamatnya dengan bermain sambil menutup matanya dengan kain. Korang boleh saksikannya di pautan ini di mana detik streamer ini, Mitchriz, berjaya menewaskan bos terakhir.

Komuniti Sekiro: Shadows Die Twice mengatakan ini merupakan kali pertama dalam dunia yang melakukan sedemikian dalam game ini.

Menurut Eurogamer, Mitchriz berjaya melakukan speedrun ini dalam masa 4 jam 35 minit. Tentunya permainan dan gerakannya tidaklah begitu sempurna kerana beliau hanya menggunakan audio sebagai penunjuk ketika bermain. Ada beberapa kali juga beliau terjatuh gaung, terpukul dinding dan lain-lain.

Korang boleh saksikan stream penuh Mitchriz melakukan rekod speedrun mengagumkan ini di sini (bahagian satu) dan di sini (bahagian dua).

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Horizon Forbidden West Dilaporkan Ditunda Pelancarannya Ke Suku Pertama 2022

Kemaskini Kandungan Tambahan Percuma Akan Hadir Dalam New Pokémon Snap