in , ,

Pemain Ini Cipta Game First-Person Shooter Pokemon, Kini Nintendo Bertindak Memadamkannya

Seorang pengguna di Reddit, Dragon_GameDev2 telah berkongsikan yang beliau sedang membangunkan sebuah game first-person shooter dalam dunia Pokemon.

Membangunkannya menggunakan Unreal Engine, game ini boleh dimainkan di PC, menembak pelbagai jenis raksasa comel yang ada dalam universe Pokemon. Beliau berhasrat untuk mencipta satu game dalam satu bulan sepanjang 2022, dan game pertamanya tahun ini adalah Pokemon FPS.

Walau bagaimanapun, menurut Kotaku, setelah video-video game tersebut mendapat perhatian ramai di Youtube, Nintendo telah bertindak untuk memadamkan video tersebut. Malah, tweet-tweet di Twitter yang memperlihatkan sedikit gameplay itu turut dipadamkan.

Kini, antara tempat yang korang masih boleh saksikan gameplay itu adalah di Reddit:

Ramai peminat sebenarnya kecewa dengan tindakan ini. Nintendo sering dikenali sebagai sebuah syarikat yang begitu agresif dalam hal-hal sebegini. Ramai menekankan yang projek seumpama ini bukanlah melanggar apa-apa hakcipta kerana pembangun tidak berhasrat untuk menjualnya pun, sebaliknya ia hanya dibangunkan sebagai sekadar satu hiburan saja.

Bawa bertenang, Nintendo.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Penganalisis Jangka EA Adalah Studio Seterusnya Mungkin Dibeli Oleh Syarikat Gergasi

Google Play Games: Aplikasi Rasmi Main Game Mobile Di PC, Kini Sesi Beta Di 3 Negara Asia