in , , , ,

Pemain Ini Cipta Elden Ring Untuk Game Boy, Dan Korang Boleh Mainkannya Di Browser

Elden Ring merupakan salah satu game yang dijangka bakal memenangi banyak anugerah game terbaik pada tahun ini.

Namun, pernah tak korang terfikir, macam mana rupanya kalau game keluaran FromSoftware ini dilancarkan untuk Nintendo Game Boy?

Seorang pemain ini telah berkongsikan di Reddit (u/-shin-) bahawa beliau telah membikin semula Elden Ring, tapi membayangkannya dilancarkan untuk Game Boy. Apa yang lebih menarik adalah game demake ini boleh dimainkan oleh sesiapa sahaja secara percuma melalui browser.

Sememangnya demake ini kelihatan sangat comel serta grafik dan animasinya penuh nostalgia. Lengkap dengan elemen-elemen ikonik daripada Elden Ring seperti gerakan berguling-guling dan paparan “You Died”.

Korang boleh mainkan game ini melalui browser di shin.itch.io/elden-ring-gb

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Escape from Tarkov Arena Diumumkan – Game FPS 5v5 Kompetitif

Lebih RM400 Ribu Diperlukan Untuk Level-Up Karakter Diablo Immortal Ke Tahap Maksimum