in , , , ,

Pemain GTA V Ini Habiskan Story Tanpa Terkena Satu Tembakan/Tercedera Langsung

Sama ada korang suka ataupun tidak, Grand Theft Auto V boleh dinobatkan sebagai antara game paling popular dalam sejarah. Hampir lapan tahun selepas pelancaran, ia terus rancak dimainkan dan para pemain masih memecahkan rekod-rekod baharu.

Terkini, seorang pemain GTA V ini telah bermain story dari mula dan menghabiskannya sehingga tamat — tanpa tercedera dan terluka, atau dalam kata lain, tidak mengalami sebarang damage.

Seperti yang kita tahu, dalam GTA V, kita boleh tercedera dari bermacam-macam situasi — dari terkena tembakan, ditumbuk atau ditendang, kemalangan dari pelbagai kenderaan darat, laut dan udara, malah jatuh dari bangunan juga. Namun, pemain ini, UnNameD, langsung tidak mengalami semua itu.

Dalam deskripsi video yang korang boleh tonton di bawah, beliau mendedahkan yang ini merupakan kali ke-48 percubaannya untuk melakukan perkara sedemikian.

Menurut Gamespot, bagi memastikan rekod ini benar-benar dijayakan tanpa sebarang penipuan, beliau menggunakan satu mod di mana karakternya hanya mempunyai 1 nyawa atau HP. Bermakna, sekiranya karakter terkena damage sedikit sahaja, ia akan terus “Wasted”.

Malah, beliau juga menutup abiliti istimewa Trevor, Red Mist, serta tidak memakai apa-apa baju armor.

Korang boleh saksikan gameplay beliau ini selama 9 jam dari awal hingga habis dalam ketiga-tiga video di bawah:

Ini pastinya satu kejayaan yang amat mengagumkan. Seperti kita tahu, dunia GTA V penuh dengan huru-hara dan tembakan-tembakan rambang yang menggila. Kalau kita yang main selalunya bukan setakat banyak terkena damage, malah Wasted juga tidak terkira.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Final Fantasy VII Remake: Boleh Beli or Boleh Blah!?

Final Fantasy Seakan Dark Souls Dilaporkan Sedang Dibangunkan Team Ninja

Gambar Baharu Filem Uncharted Dikongsikan, Para Peminat Mula Risau Melihat Penampilan Drake, Sully