in ,

Pemain Ghost of Tsushima Tangkap 15.5 Juta Gambar, Belai 8.8 Juta Ekor Musang

Pada ketika ini, lebih daripada 2.4 juta pemain Ghost of Tsushima sedang seronok menikmati game open-world yang cukup indah ini.

Terkini, Sony telah mengeluarkan beberapa statistik yang mendedahkan berapakah jumlah aktiviti yang sudah dikumpulkan oleh kesemua pemain Ghost of Tsushima dalam masa 10 hari pertama pelancaran ini.

Berikut ialah data yang telah dicatat:

  • 156.5 juta Standoff
  • 15.5 juta gambar ditangkap,
  • 8.8 juta ekor musang dibelai,
  • 57.5 juta Duel dimainkan,
  • 139.4 juta musuh terjatuh ketakutan
  • 810.3 tahun di atas tunggangan kuda
  • 16.2 juta kolam air panas dilawati
  • 14.2 juta Haiku dikarang
  • 28.1 juta seruling dimainkan
  • 17.1 juta buluh dilibas
  • 37.5 juta kuil diberi penghormatan
https://twitter.com/PlayStation/status/1289223064157163521?s=20

Nak tahu apa yang pemain boleh lakukan dengan membelai musang, melibas buluh, dan review tentang gambar-gambar yang boleh ditangkan dari Photo Mode — korang boleh baca Ghost of Tsushima: Boleh Beli or Boleh Blah!?

Ghost of Tsushima kini boleh dimainkan secara eksklusif di PS4.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Netflix Umumkan Siri Anime Splinter Cell, Diterbitkan Oleh Penulis John Wick

Netflix Dan Ubisoft Dilaporkan Bekerjasama Untuk Siri Anime Splinter Cell, Diterbitkan Oleh Penulis John Wick

Filem Beyond Good & Evil Diumumkan Untuk Netflix, Pengarah Detective Pikachu

Filem Beyond Good & Evil Diumumkan Untuk Netflix, Pengarah Detective Pikachu