in ,

Pemain Football Manager 2021 Buat Simulasi 25 Tahun Jika European Super League Dijalankan

Minggu ini, dunia bola sepak telah digegarkan satu kontroversi yang cukup hangat, iaitu penubuhan European Super League (ESL) yang digelar ramai sebagai ‘liga kayangan’.

Topik utama yang dibincangkan adalah apakah bakal terjadi kepada liga-liga domestik di negara-negara kelab yang terlibat, serta Champions League, kerana pihak UEFA mengugut untuk mengharamkan kelab-kelab yang terlibat dalam ESL dari kejohanan-kejohanan tersebut.

Kejohanan berasingan ini kelihatan sudah terkubur setelah kesemua enam kelab Inggeris, yang pada asalnya merupakan antara pengasas, telah menarik diri selepas dikecam teruk oleh golongan peminat. Walau bagaimanapun, ada juga yang terbayang-bayang, apakah suasana bola sepak Eropah pada masa akan datang sekiranya ESL ini benar-benar dijalankan.

Seorang pemain Football Manager 2021 telah membuat simulasi terhadap situasi itu. Melalui perkongsiannya di Reddit, FlyingPingoo telah memulakan musim baharu dengan membuang kesemua kelab yang pernah berhasrat untuk menyertai ESL. Kemudian, untuk mempercepatkan perjalanan, beliau telah meletakkan game itu ke dalam ‘Holiday’ selama 25 tahun.

Hasilnya, inilah simulasi apa yang terjadi sekiranya kelab-kelab yang menyertai ESL diharamkan dari liga domestik dan tidak menyertai Champions League.

Para pemenang dan naib juara Liga Perdana Inggeris selama 25 tahun akan datang:

Para pemenang dan naib juara UEFA Champions League selama 25 tahun akan datang:

Adakah ini satu simulasi yang realistik sekiranya ESL benar-benar dijalankan? Southampton dan Leicester mendominasi Liga Perdana Inggeris; dan Bayern Munich, Borussia Dortmund dan PSG pula bersilih ganti menjuarai Champions League?

Apa pandangan korang?

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Cyberpunk 2077 Terjual Hampir 14 Juta Unit, Hanya 30 Ribu Unit Wang Dikembalikan

Respawn Entertainment Sahkan Mereka Sedang Bangunkan Game Serba Baharu