Mana anak jati Terengganu yang handal bermain PES dan FIFA? Ini korang berpeluang untuk mengharumkan nama ganu kite.

Terengganu Esports Challenge telah diumumkan — merupakan sebuah kejohanan esports anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu dengan kerjasama Pejabat Daerah Marang serta Esports Malaysia Terengganu.

Kejohanan ini bertujuan untuk mencari pemain-pemain handalan PES dan FIFA yang berasal dari Terengganu. Setiap juara dari kedua-dua game ini akan mewakili pasukan negeri Terengganu ke pertandingan seterusnya di Hari Sukan Negara yang dijangka akan diadakan pada bulan Oktober 2019.

Terengganu Esports Challenge akan diadakan 22 dan 23 Mac 2019 di Dewan Utama Majlis Daerah Marang, Terengganu.

Ada tiga syarat utama yang diletakkan untuk kejohanan ini, iaitu pemain tempatan negeri Terengganu sahaja; pemain yang pernah mewakili Malaysia tidak dibenarkan; dan pemain profesional juga tidak dibenarkan.

Untuk mendaftar dan maklumat lanjut, korang boleh terus tekan pautan group Whatsapp di bawah untuk pilihan game yang korang ingin sertai:

JomKomen!