Game yang kita main hanya untuk santai-santai dan bergelak ketawa seperti Fall Guys, pun ada orang yang main tipu dan menggodam. Itulah manusia.
Satu taktik menipu telah ditemui dalam Fall Guys yang membuatkan pemain berlari jauh lebih pantas daripada biasa. Video ini telah dimuatnaik di channel Julien D yang sempat merakam bagaimana seorang pemain lawan ini jauh meninggalkan pemain lain sejak saat pertama di garisan permulaan.
Harap Mediatonic dapat membaiki godaman ini agar semua pemain dapat menikmati game yang menghiburkan ini tanpa sebarang pemain penipu seperti ini lagi.
Fall Guys kini boleh dimainkan di PC dan PS4.
Comments
Loading…