Jaguh-jaguh DotA 2, FIFA 18 dan CounterStrike: Global Offensive – get ready, guys and gals! Impian untuk mewakili negara secara rasmi dalam acara esport bakal jadi realiti.

Sebentar tadi, eSports Malaysia (ESM) telah mengumumkan program Pemilihan Pasukan Esports Kebangsaan 2018 di Orange eSports Stadium. Program yang mendapat sokongan Majlis Sukan Negara (MSN) dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) ini merupakan inisiatif menyediakan kontinjen esports negara ke pertandingan esports peringkat antarabangsa di Olimpik 2024 nanti – selaras dengan hasrat Menteri Belia & Sukan YB Khairy Jamaluddin.

Program Pemilihan Pasukan Esports Kebangsaan 2018 yang akan bermula dari Julai ke September 2018 ini dijangka akan melibatkan penyertaan daripada 15,000 atlit esports di 6 zon merentasi 14 negeri serata Malaysia, dan melalui penyertaan 30 kelab esports kolej/universiti. Kemuncak kepada program ini nanti akan berlangsung di Ipoh, Perak sempena Sukan Malaysia (SUKMA) 2018.

Juara-juara bagi acara DotA 2, FIFA 18 dan CounterStrike: Global Offensive di akhir program Pemilihan Pasukan Esports Kebangsaan 2018 ini nanti akan mewakili negara secara rasmi ke pertandingan esports antarabangsa. Mereka juga akan menyertai Program Pembangunan Atlet Esports selama setahun bersama MSN dan ESM.

Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, YBhg. Dato’ Ahmad Shapawi b. Ismail

Selain butiran program ini, sistem perlesenan pemain esports kebangsaan turut dijelaskan oleh Rinie Ramli, Setiausaha Agung Esports Malaysia. Menurut beliau, hanya pemain-pemain esports berlesen yang diperakui ESM dan MSN akan layak menyertai program-program pemilihan pemain esports mewakili negara. Dan sebagai ganjaran, mereka-mereka yang memegang status pemain esports negara akan menerima elaun dan tajaan penuh ke pertandingan-pertandingan esports antarabangsa!

Di majlis yang sama juga, Esports Malaysia turut mengadakan China Esports Games 2018 Malaysian Qualifier bagi memilih atlit-atlit esports yang akan mewakili negara ke Jiangsu, China sempena acara esports tersebut. China Esports Games 2018 yang akan berlangsung pada 29 April ke 1 Mei 2018 menawarkan wang hadiah bernilai RM130,000. Perwakilan Malaysia ke sana nanti akan menerima tajaan penuh dari Majlis Sukan Negara dan Esports Malaysia.

Nampaknya, inisiatif Kerajaan Malaysia dalam memperkasakan agenda esports negara melalui Kementerian Belia dan Sukan, Majlis Sukan Negara dan Esports Malaysia semakin menemui kejayaan. Kitorang di JomGaming berharap usaha ini akan terus menggiat pembangunan industri esports tanahair.

Sebentar tadi, eSports Malaysia (ESM) telah mengumumkan program Pemilihan Pasukan Esports Kebangsaan 2018 di Orange…

Posted by JomGaming on Sabtu, 14 April 2018

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.