in ,

Pemain Dota 2 Malaysia, MidOne Dan OG Derma Lebih RM435,000 Bantu Lawan Wabak COVID-19

Siapa yang tidak kenal dengan Yeik Nai Zheng, atau lebih tersohor dengan gelaran MidOne, pemain profesional Dota 2 dari Malaysia.

MidOne bersama-sama dengan rakan sepasukannya dari Pakistan, Macedonia, Denmark dan Perancis-Lubnan dalam Red Bull OG telah menyertai sebuah kejohanan amal Dota 2 yang dianjurkan Gamers Without Borders bagi membantu meringankan beban mereka yang terlibat secara langsung dalam situasi wabak COVID-19.

Dalam kejohanan tersebut Red Bull OG telah berjaya meloloskan hingga ke separuh akhir dan mengumpulkan wang sebanyak USD100,000 (~RM435,000). Kesemua hadiah wang ini telah didermakan.

Jumlah keseluruhan yang didermakan Gamers Without Borders melalui kejohanan amal ini ialah sebanyak USD10 juta (~RM44 juta). Bantuan ini akan disalurkan kepada International Medical Corps yang akan menyalurkan pula kepada barisan hadapan yang bertungkus-lumus menghapuskan wabak ini.

“Dapat membantu badan amal penting yang melawan COVID-19 untuk pasukan saya, rasa amat gembira,” kata MidOne dalam kenyataan akhbar yang dikeluarkan. “Dunia ketika ini memerlukan unsur positif dan gaming mampu membantunya. Ia adalah kejohanan yang menyeronokkan. Ia pastinya sesuatu yang memberikan inspirasi apabila semua dalam acara ini dapat menyumbang kepada dunia.”

JomGaming ucapkan syabas kepada semua yang terlibat dalam acara amal ini. Semoga dunia kita ini akan terus bebas daripada virus yang telah memberikan impak besar kepada ramai umat manusia pada waktu ini.

Korang boleh ikuti perkembangan terkini Gamers Without Borders melalui akaun-akaun di Twitter, Instagram, Facebook dan Youtube.

What do you think?

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Sony Umumkan Days of Play Kembali Pada 3-16 Jun, Bermacam Diskaun Di Kedai Dan PS Store

Sony Umumkan Days of Play Kembali Pada 3-16 Jun, Bermacam Diskaun Di Kedai Dan PS Store

Koleksi Game Percuma PlayStation Plus Untuk Jun 2020

Koleksi Game Percuma PlayStation Plus Untuk Jun 2020