Destiny 2 (D2) sering mengadakan ‘perlumbaan’ sesiapa yang dapat menghabiskan puzzle Niobe Labs baru dalam masa 24 jam untuk membuka jalan ke Forge terakhir.

Tetapi untuk pertama kalinya dalam sejarah francais Destiny, ‘Puzzle’ quest yang diberi kepada pemegang DLC Forsaken masih tidak dapat dilengkapkan dalam masa 3 hari. Puzzle tersebut adalah untuk membuka stage ‘Forge’ terakhir yang dipanggil Forge of Burguise. Sejak pelancaran DLC Black Armory, guardians (pemain Destiny) akan mendapat quest untuk membuka Forge baru setiap minggu dan ini adalah Forge terbesar serta terakhir selepas 3 minggu.

Datto, streamer tegar D2 kelihatan barai dan tidak tidur lebih dari 20 jam — cuba menyelesaikan puzzle Niobe Labs tersebut dan pemain-pemain D2 yang lain hanya mampu melihat, sorak dan mengigit bibir setiap kali lihat Datto tidak dapat merungkai puzzle tersebut dan mengulangi semula. Akhirnya Datto pun berhenti di puzzle ke-7 dengan mengharapkan ada orang lain boleh menyiapkan puzzle tersebut. 

Korang boleh tontonnya di sini.

Komuniti pemain D2 kongsi cara-cara dan klu untuk menyelesaikan di forum Bungie serta Reddit sambil menunggu Datto untuk menghabiskan supaya meraka juga boleh memulakan puzzle tersebut. Tiada siapa tahu ada berapa step atau level puzzle tersebut.

Disebabkan Forge Bergusia adalah salah satu langkah untuk mendapatkan Sniper Exotic dan quest tersebut adalah ‘time-gated’ selama 7 hari setiap 3 minggu, ada antara guardians mengamuk kepada Bungie untuk membuat puzzle quest yang terlalu susah hanya untuk membuka Forge Bergusia tersebut.

Simbol-simbol di dalam puzzle ini hanya boleh dilihat dari ‘scope’ senjata yang telah ditempa di dalam Forge Black Armory,
Melihat simbol untuk platform berdiri dengan menggunakan sniper Jepun Black Armory, ‘Tatara Gaze’

“Kalau Datto yang kerja dia stream Destiny 24/7 dibayar Bungie pon takleh siapkan, kita ini yang pergi kerja balik layan family macam mana? Aku dah bayar DLC mahal-mahal, kemudian nak ken selesaikan quest pulak. Maka Bungie pun mengalah (sekali lagi) kepada Guardians yang ‘kuat-meroyan-sebab-dah-bayar-DLC-tak-dapat-merasa-end-game-content’ dengan membuka Forge of Bergusia kepada semua pemilik DLC pada hari Khamis lepas. 

Ada juga guardians hard core yang percaya bahawa Bungie telah membuat puzzle ini dengan betul, kalau semua bende boleh settle on the spot, tak thrill lah kan? Aduh, snowflake betullah pemain kasual ini. Grind-lah macam gamer yang real! Lemah!

Rasa macam baru sahaja Forge pertama keluar 4 minggu lepas dan power level dinaikkan dari 600 ke 650 maka agak susah untuk menyiapkan forge pertama yang berada pada level 635 di awal minggu DLC tersebut dilancarkan. Disebabkan ramai sangat menangis tidak dapat menaikkan level ke 635 pada awal minggu tersebut, Bungie telah menyenangkan dengan membawa turun kepayahan forge pertama tersebut. Sekarang kalau masuk Forge Bergusia 5 minit pun dah settle sebab power level 650.

Ekeleh sekali buat je lepas Forge Bergusia ni. Winner winner chicken dinner.

Sekarang sesiapa yang dapat menyelesaikan puzzle Niobe Labs akan diganti dengan barangan kosmetik seperti Ghost dan Emblem sebagai lambang anda berjaya menyelesaikan teka-teki tersebut, yay tepuk tangan!

So apakah pandangan korang? Adakah pemain Destiny terlalu demanding tidak bertempat atau Bungie terlalu lembut hati sanggup membuat apa sahaja demi mengekalkan kesemua pemain Destiny tidak kisahlah kasual atau hadcore?

JomKomen!