Memang sumber inspirasi! Kepada korang yang sempurna tubuh badan, apa alasan korang untuk tidak berjaya dalam esports?
Korang semua pasti kini bermain video game dengan kemahiran yang diasah bertahun lamanya. Tapi, cuba tutupkan skrin korang, dan dengan hanya audio dimainkan, bolehkah korang bermain lagi?

Sven Van de Wege, yang hilang daya penglihatan sejak berumur 6 tahun kini bertanding di acara esports, sehingga mengalahkan pemain Street Fighter V profesional! Berasal dari Belanda, lelaki berumur 32 tahun ini yang juga dikenali sebagai ‘The Blind Warrior Sven’ kini menjadi inspirasi kepada gamers kurang upaya yang lain dan termasuk juga penulis. Kagum beb!
Beliau berkata, kejayaannya adalah dari kesungguhan dan dedikasi! “Masyarakat selalu menganggap, seseorang yang buta pasti sukar untuk berjalan ataupun melakukan apa sahaja. Saya tidak sangka saya boleh bermain video game dengan hanya berpandukan bunyian in-game – tetapi jika korang berlatih keras, ianya tidak mustahil! Fikirkan penyelesaian, bukannya masalah yang ada.” kata beliau di dalam satu temuramah bersama Red Bull TV.
Walaupun Sven bermain game-game seperti Mortal Kombat, Art of Fighting, Fatal Fury, dan Killer Instinct, beliau menggemari Street Fighter V kerana rekaan audio game itu yang cukup sempurna.

“Game ini hadir dengan bunyian audio stereo, jadi kita boleh mendengar karakter kita berada di kiri atau kanan. Kesan bunyian juga jelas – kita boleh mendengar bunyi tapak kaki, melompat, mula melompat, bila mendarat, jika karacter dashing, blocking, throwing, tackling. Ya, saya tahu semua bunyian tersebut!”
Karakter SFV kegemaran beliau? “Ken, kerana saya sukakan gerakannya, suaranya dan personaliti karakter itu.”
Comments
Loading…