Menu
in , , ,

Pemain Berumur 16 Tahun Kalahkan Juara Dunia 7 Kali Dalam Kejohanan Dunia Tetris

Seorang pemain ‘wonderkid’ berumur 16 tahun telah menewaskan juara dunia tujuh kali untuk menjadi juara dalam Kejohanan Dunia Tetris.

Classic Tetris World Championship (CTWC) yang diadakan di Portland, Oregon, Amerika Syarikat itu telah menyaksikan Joseph Saelee menumbangkan Jonas Neubauer dengan keputusan 3-0 dalam perlawanan grand final.

Korang boleh saksikan video di bawah yang merakamkan saat-saat manis Saelee berjaya mengesahkan kejuaraannya. Pada mulanya Neubauer agak kecewa apabila melihat Saelee meneruskan permainan dan mengetahui yang beliau tidak dapat mencapai kejuaraaan ke-8, namun apabila melihat Saelee yang terus-terusan mendapatkan mata, Neubauer kagum dan memberikan tepukan kepada lawannya itu sebagai tanda penghormatan.

Game Tetris yang dimainkan dalam kejohanan ini merupakan game Tetris dari NES yang dikeluarkan pada 1989, 13 tahun sebelum Saelee dilahirkan. Mencipta sejarah.

Sumber: Eurogamer

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Leave a Reply

Exit mobile version