in , ,

Pemain Berjaya Cipta Mod Third-Person Dalam Cyberpunk 2077, Saksikan Video Ini

Jauh sebelum pelancarannya lagi, Cyberpunk 2077 sebenarnya sudah memiliki beberapa isu ketidakpuasanhati daripada sesetengah peminat. Antaranya adalah yang berkaitan dengan pandangan kamera yang hanya terhad kepada first-person.

Tentunya, ada yang sukakan pandangan first-person ini, namun tidak kurang ramai juga yang kurang selesa.

Oleh itu, beberapa minggu setelah Cyberpunk 2077 dilancarkan, ada pemain yang sudah berjaya mencipta mod pandangan kamera third-person. Mod ini dicipta oleh Jelle Bakker, dan para pemain di platform PC yang ingin mencubanya, boleh dapatkannya melalui pautan ini.

Harus diingat, mod ini masih lagi dalam pembikinan, maka jangan terlalu berharap yang ia akan boleh dimainkan dengan baik. Dalam video yang boleh disaksikan di bawah pun kita dapat lihat yang mod ini masih perlu banyak penambahbaikan.

Adakah korang akan cuba mod ini? Atau sebenarnya sudahpun selesa bermain dalam pandangan first-person?

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Netflix Dilaporkan Sedang Membikin Siri TV The Elder Scrolls

Netflix Dilaporkan Sedang Membikin Siri TV The Elder Scrolls

Respawn Entertainment Nampaknya Sedang Bangunkan Game Daripada Francais Baru