Kalau dalam Assassin’s Creed Odyssey, kita diberi pilihan pada awal permainan, sama ada ingin bermain sebagai lelaki atau perempuan, iaitu Alexios atau Kassandra. Kemudian, kita akan bermain dengan salah seorang sahaja sehinggalah tamat game tersebut.
Dalam sirinya akan datang, Assassin’s Creed Valhalla akan membawakan sedikit kelainan. Ubisoft telah mendedahkan sebelum ini bahawa pemain akan dibenarkan untuk menukar jantina pada bila-bila masa sahaja. Sama ada pemain menggunakan jantina lelaki atau perempuan, namanya tetap sama, iaitu Eivor.
Dalam satu video yang dinaikkan @AccessTheAnimus, kita dapat melihat bagaimana fungsi ini akan digunapakai dalam game ini kelak. Video di bawah memaparkan bagaimana fungsi pertukaran jantina ini akan dikira sebagai canon dalam kisah siri Assassin’s Creed.
Fungsi ini, yang digelar “DNA stream selection”, disokong oleh lore baharu yang menaiktaraf keupayaan Animus.
Apa komen korang? Suka dengan fungsi pertukaran jantina dan lore baharu ini? Kongsikannya di ruangan komen.
Assassin’s Creed Valhalla akan dilancarkan pada 17 November 2020 untuk PC, PS4, Xbox One dan Stadia, manakala akan dilancarkan pula ke PS5 dan Xbox Series X pada tarikh yang belum diumumkan.
JomBaca: Assassin’s Creed Valhalla Turut Ada Naiktaraf Percuma Dari PS4 Ke PS5
Comments
Loading…