in ,

Pemain Animal Crossing Reka Semula Kostum Kontinjen Olimpik Malaysia Inspirasi Hang Tuah Dalam Game

Kostum yang dipakai kontinjen Malaysia ketika upacara pembukaan Olimpik Tokyo 2020 bukan sahaja membuat rakyat Malaysia tersenyum, malah menarik perhatian mata dunia dengan rekaan yang cukup cantik dan penuh budaya Malaysia.

Berinspirasikan dari busana Laksamana Hang Tuah, ia direka oleh Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, UiTM Shah Alam.

Bagi meraikan lagi kostum yang amat bermakna ini, seorang pemain Animal Crossing: New Horizons telah mencipta semula kostum tersebut dalam game yang comel itu.

Dikongsi oleh laman Facebook 与你动森, kostum dalam game itu direka oleh Kurosaki Kei.

Berikut ialah kod-kod yang boleh pemain dapatkan untuk menggayakan sendiri kostum-kostum ini dalam Animal Crossing: New Horizons di Nintendo Switch (terima kasih Aksiz):

Kostum lelaki: MO-210R-79LJ-HSVG
Kostum wanita: MO-Q6TQ-F1D0-KGY8
Bendera Malaysia: MO-3CV9-MQC9-M278

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

China Bikin Filem Tentang Kejohanan Game Battle Royale Macam PUBG, Ini Trailer Penuh Aksi

Respawn Sahkan Sedang Membangunkan Sebuah Game Single-Player Adventure Serba Baharu