Buat pertama kalinya dalam sejarah, kita sedang menyambut bulan Ramadan dalam keadaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Semestinya salah satu aktiviti yang kita rindui dalam situasi begini adalah pembelian juadah di bazar Ramadan.
Kerinduan kepada bazar yang tiba setahun sekali itu telah dicurahkan seorang pemain ini ke dalam Animal Crossing: New Horizons. Melalui laman Twitternya, @fizahrah telah berkongsikan ciptaan persekitaran dan suasana bazar Ramadan di pulau miliknya dalam game yang cukup popular kini itu.
Dapat kita lihat bagaimana beliau telah mencipta gerai-gerai juadah seperti kek lapis Sarawak, air buah-buahan, lemang dan rendang, jualan pakaian bertema Hari Raya — sambil karakternya turut memakai baju kurung.
Bazaar is open! #mco #malaysia #bazaar #Ramadan #AnimalCrossing #ACNH #NintendoSwitch pic.twitter.com/B5kdFMvX5Y
— Fizah Rahim (@fizahrah) April 24, 2020
Some of the bazaar photos 🙂 #malaysia #mco #pasarmalam #bazaar #ramadan #AnimalCrossing #femalegamer #ACNH #NintendoSwitch pic.twitter.com/GuFqrkN7vs
— Fizah Rahim (@fizahrah) April 24, 2020
Ketika bercakap kepada Kakuchopurei, Fizah Rahim mendedahkan bahawa salah satu perkara yang mencetuskan idea untuk mewujudkan bazar Ramadan ini datang apabila melihat batang-batang buluh dalam game yang kelihatan seperti lemang.
Banyak cabaran yang dilaluinya untuk mencipta suasana yang bertemakan Malaysia. Antaranya seperti beliau melakukan beberapa perubahan seperti menggunakan topi-topi untuk dijadikan kek lapis Sarawak dan topi chef sushi untuk ditukar menjadi songkok.
Sekiranya berminat untuk melawat pulau ciptaan beliau yang mempunyai bazar Ramadan ini, korang boleh hubungi beliau melalui Twitter: @fizahrah
Comments
Loading…