in

Pelukis Profesional Ini Cipta Babak Seperti Komik Dalam Photo Mode Spider-Man PS4

Kalau dah jiwanya memang berseni, dengan apa cara sekalipun mampu berkarya.

Sekiranya korang tidak tahu, Marvel’s Spider-Man, iaitu game eksklusif PS4, mempunyai Photo Mode. Antara sticker dan filter yang ada dalam Photo Mode adalah yang bertemakan komik.

Seorang pelukis komik profesional, Patrick Mulholland telah menggunakan fungsi ini untuk mencipta satu babak menumpaskan penjahat yang semestinya kelihatan seperti di dalam komik yang sangat menarik. Korang boleh saksikannya di bawah:

Beliau kemudian turut berkongsikan satu lagi babak yang beliau cipta dengan menggunakan warna-warna yang berlainan:

Lebih menarik, tweet beliau ini turut mendapat perhatian daripada pembangunan game ini sendiri, Insomniac Games. Mereka memuji hasil kerja Mulholland dengan mengatakan mereka sudah lama berharap yang seseorang akan mencipta sesuatu seperti ini.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Game-Game Percuma PS Plus Bernilai RM6,262 Sepanjang 12 Bulan Dalam 2018

Titanfall 3 Disahkan Dalam Pembangunan, Respawn Kini Mencari Pekerja Baru