Semua pelanggan akan mendapat faedah.

Semalam, Telekom Malaysia (TM) bukan sahaja mengumumkan plan baru Unifi yang bakal menawarkan kelajuan 30Mbps dengan harga bawah RM100. Malah, TM turut mengumumkan khabar gembira bagi pelanggan Unifi dan Streamyx sedia ada.
TM mengumumkan plan Unifi Turbo untuk pelanggan Unifi sedia ada. Ia merupakan sebuah plan yang bakal menaik-taraf kelajuan Unifi sedia, bermula 15 Ogos ini. TM tidak berkongsi dengan lanjut apakah perincian terhadap plan ini, namun menyatakan yang ia akan menawarkan kelajuan sambungan yang dinaik-taraf lebih daripada dua kali ganda.
Menurut Lowyat.net, daripada slaid yang diperlihatkan oleh TM semalam, harga untuk Unifi sedia ada ini kemungkinan akan kekal sama. Pelanggan akan menerima naik-taraf ini secara berperingkat bermula 15 Ogos.

Di samping itu, pelanggan Streamyx (kini dikenali sebagai Pra-Unifi) sedia ada juga akan menerima naik-taraf khas. TM mengumumkan yang plan naik-taraf khas untuk pelanggan Streamyx akan bermula 15 Julai ini. Menurut Amanz, naik-taraf khas ini dijangka melibatkan pelanggan Streamyx yang mana kawasan mereka sedia disokong dengan rangkaian Unifi.

Seperti juga plan Unifi Turbo, maklumat lanjut tentang naik-taraf Streamyx akan dikongsikan TM lebih lanjut pada 12 Julai ini.
aku ada perasan, awal tahun tadi pekerja kontrak TM ada tarik kabel… agak nya kabel fiber optik lah
tarik tu cuma di jalan besar je… tunggu masa untuk tarik ke kawasan perumahan je lagi harapnya…
dapat la merasa kembali guna unifi… sebelum ni duduk kat shah alam dapat merasa free upgrade daripada 50mbps ke 100mbps setahun… lepas tu terminate account sebab pindah ke luar bandar…
kat sini open balik account tm… ada streamyx sampai 8mbps je… uwaa perlahan gila kalau dibandingkan dengan sebelum ni